Tuesday, October 10, 2006

cerita pasal hobi...



Apabila kita bercerita mengenai hobi, tentu banyak pendapat mengapa kita ada mempunyai hobi masing-masing. Bagi setiap insan, hobi itu biasanya berbeza kerana antara manusia sendiri mempunyai perbezaan. Maka apabila bertemu sesama manusia yang mempunyai hobi atau minat yang serupa, maka ia boleh menjadi satu perkongsian yang mengasyikkan.

Bagi saya sendiri yang mempunyai pelbagai hobi namun antara yang paling sentiasa kekal adalah membaca. Hobi sampingan banyak bergantung kepada sumber kewangan, masa, keadaan dan sokongan dari pihak lain (lain isteri la).

Dan tidak dinafikan, hobi membuatkan kita berasa tenang, puas, leka dan seribu satu perasaan disamping dapat menghilangkan rasa tertekan. Jika tidak, masakan seseorang itu sanggup menghabiskan masa memancing ikan atau menghabiskan wang demi mengubahsuai Kancil menjadi Daihatsu Mira.

buat tatapan semua, ini adalah sebahagian kecil daripada hobi saya:-


Hobi mengambil gambar pemandangan dan apa sahaja yang menarik. Saya mempunyai satu kamera SLR dan satu kamera digital. kedua-duanya berjenama Canon. Namun masih banyak yang perlu dipelajari dalam selok-belok dunia fotografi.


Rak yang dikhususkan untuk menyimpan khazanah peribadi. Ia menempatkan koleksi majalah pertahanan tempatan (Perajurit & Tempur) disamping majalah luar negara (Take off, Air Combat Collection) dan buku-buku yang berkaitan dengan dunia pertahanan. Di bahagian bawah pula dikhususkan untuk menempatkan koleksi model berskala kapal terbang sama ada yang di buat sendiri atau dibeli bersama majalah ACC.




Sebenarnya ada beberapa lagi hobi dan minat sampingan. tapi kadang-kadang jer dapat dilakukan. dan yang baru sahaja timbul kembali ialah, hobi menghantar dan menerima poskad.


2 comments:

nuries said...

hi,

actlly sy suke bc blog u...x sngka u've got so many collections...

may i know u more... ( r u single)

RL said...

salam perkenalan
kalau rajin bule la berkongsi pengalaman di http://www.rufilatiff.com